online counter

    Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik


    KOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

    Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

    Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

    “Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.

    Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.

    Ditulis oleh admin pada 6:56 PTG. dalam kategori . Anda boleh ikuti suapan komentar di RSS 2.0

    0 ulasan for Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik

    Komentar anda amat dialu-alukan

    Artikel Terbaru

    Komen Terbaru

    Ikut Kami

    Galeri

    Penafian : Pihak webmaster Purnamadaily tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana maklumat di laman web ini. Segala Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca digalakkan menyebarkan maklumat tanpa sebarang notis kepada kami. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
    Laman ini diselia oleh Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Terima Kasih atas kunjungan anda.
    hit counters
    pengunjung semenjak September 2010