online counter

    PAS Lembah Pantai lancar kempen anti zina


    LEMBAH PANTAI, 27 Sept: PAS Lembah Pantai melalui Lajnah Penerangannya semalam melancarkan kempen anti zina sebagai menyahut kempen sama yang dilancar Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini.

    Program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak muda agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas sehingga membawa ke kancah penzinaan.

    Kesan berantainya pula adalah gejala buang anak yang sedang melanda negara pada masa ini.

    Pelancaran kempen tersebut semalam telah disempurnakan Timbalan Pesuruhjaya II Wilayah Persekutuan, Dr Azhar Yaakob sempena Majlis Jamuan Hari Raya PAS Lembah Pantai di sini semalam.

    Turut hadir pada majlis pelancaran itu termasuk Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Adlin Soleh dan pengarah kempen Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.

    Dr Azhar ketika ucapan perasmiannya turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes buang anak yang semakin menjadi-jadi yang berpunca dari penzinaan.

    Manakala Dzul Khairi ketika ditemui pula berkata, adalah tidak wajar jika hanya menuding jari dan menyalahkan remaja yang terlibat sebelum anggota masyarakat sendiri membuat sesuatu usaha mencegahnya.

    "Jangan menyalahkan anak muda yang terjebak dalam gejala sosial sebaliknya kita mesti mencemuh diri kita yg tidak bekerja untukk menyelamatkan mereka", katanya.

    Ditulis oleh admin pada 1:32 PTG. dalam kategori , . Anda boleh ikuti suapan komentar di RSS 2.0

    0 ulasan for PAS Lembah Pantai lancar kempen anti zina

    Komentar anda amat dialu-alukan

    Artikel Terbaru

    Komen Terbaru

    Ikut Kami

    Galeri

    Penafian : Pihak webmaster Purnamadaily tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana maklumat di laman web ini. Segala Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca digalakkan menyebarkan maklumat tanpa sebarang notis kepada kami. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
    Laman ini diselia oleh Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Terima Kasih atas kunjungan anda.
    hit counters
    pengunjung semenjak September 2010