online counter

    Sokongan kepada BN bersifat sementara

    Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, tanpa diumpan dengan rasuah kebendaan pengundi di Manek Urai tidak mungkin beralih sokongan kepada BN.

    Katanya, majoriti kecil itu tidak menggambarkan rakyat semakin menerima Umno dan BN, sebaliknya ia hanya bersifat sementara.

    "Berdasarkan rekod, kita akan mendapat balik majoriti tinggi pada pilihan raya umum.Contohnya pada pilihan raya umum 2004 PAS kalah di situ dengan majoriti 53 undi.

    "Namun dalam pilihan raya umum tahun lalu kita dapat rampas kembali Dun Manek Urai dengan majoriti lebih besar. Dan tidak mustahil perkara ini akan berulang," ujarnya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan tiga pensyarah dari Unversiti Nasry Mansourah, Mesir di JKR 10 baru-baru ini.

    Pada pilihan raya kecil itu baru-baru ini PAS menang dengan majoriti 65 undi, sedangkan pilihan raya umum tahun lepas PAS majoriti diraih PAS sebanyak 1,352 undi.

    Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, PAS akan melakukan post mortem pilihan raya kecil tersebut. - mj

    Ditulis oleh admin pada 2:13 PG. dalam kategori . Anda boleh ikuti suapan komentar di RSS 2.0

    0 ulasan for Sokongan kepada BN bersifat sementara

    Komentar anda amat dialu-alukan

    Artikel Terbaru

    Komen Terbaru

    Ikut Kami

    Galeri

    Penafian : Pihak webmaster Purnamadaily tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana maklumat di laman web ini. Segala Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca digalakkan menyebarkan maklumat tanpa sebarang notis kepada kami. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
    Laman ini diselia oleh Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Terima Kasih atas kunjungan anda.
    hit counters
    pengunjung semenjak September 2010