online counter

    Sultan bimbang pertambahan perokok kanak-kanak

    ALOR SETAR, 8 Ogos - Amalan merokok di kalangan kanak-kanak sekolah membimbang semua pihak. Oleh itu semua anggota masyarakat termasuklah ibu bapa dan guru perlu berkerjasama mengawasi anak-anak supaya tidak terlibat dengan amalan negatif ini, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar.

    “Di negara ini trend merokok di kalangan kanak-kanak berusia sepuluh tahun ke atas kini amat membimbangkan,” titah baginda.

    Menurut baginda, mengikut kajian kira-kira 28.8 peratus kanak-kanak perempuan mula merokok pada usia sepuluh tahun ke atas. Bagi kanak-kanak lelaki pula sebanyak 14.1 peratus mula merokok pada usia sepuluh tahun ke atas.

    Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Bendahara Kedah Dato’ Seri Tengku Annuar Sultan Badlishah.

    Titah baginda lagi, perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana merokok membahayakan kesihatan. Ada yang beranggapan bahawa merokok boleh menguruskan badan, menghilangkan stress dan anggapan ini adalah salah dan perlu diubah.

    “Ramai anak-anak muda di negara ini terlibat dengan gejala merokok sejak usia kanak-kanak lagi dan gejala ini perlu segera dibendung,” titah baginda.

    Sehubungan itu titah baginda, pendidik, waris serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu mengembeleng tenaga mengatasi masalah yang melanda anak-anak yang sedang berada di alam persekolahan kerana merokok boleh menggangu penumpuan terhadap pelajaran.

    “Beta berharap pihak-pihak berkenaan dapat menganjurkan seminar-seminar bagi memberi maklumat kepada kanak-kanak tentang bahaya merokok, malah merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi mereka yang berada di sekelilingnya turut terdedah kepada bahaya itu,” titah baginda.

    Ditulis oleh admin pada 2:36 PG. dalam kategori . Anda boleh ikuti suapan komentar di RSS 2.0

    0 ulasan for Sultan bimbang pertambahan perokok kanak-kanak

    Komentar anda amat dialu-alukan

    Artikel Terbaru

    Komen Terbaru

    Ikut Kami

    Galeri

    Penafian : Pihak webmaster Purnamadaily tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana maklumat di laman web ini. Segala Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca digalakkan menyebarkan maklumat tanpa sebarang notis kepada kami. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
    Laman ini diselia oleh Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Terima Kasih atas kunjungan anda.
    hit counters
    pengunjung semenjak September 2010