Alhamdulillah kesempatan tahun ini [ 9 Syawal 1431 bersamaan 18 hb Sept 2010 ] , kami sekeluarga dikurniakan rezeki untuk menganjurkan Rumah Terbuka kecil - kecilan [ namun meriah ] sebagai satu kesempatan untuk meraikan sahabat handai lalu mengeratkan silaturrahim sempena Aidil Fitri . [ gambar : Al Fadhil Ustaz Yusuf Embong Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. ]
Kesempatan ini juga dimanafaatkan sepenuhnya untuk menghimpunkan sanak saudara yang berkelapangan jua sahabat seperjuangan . Yang jauh tentunya semakin dekat dan yang dekat pasti pula semakin erat . Lebih mengembirakan lagi apabila majlis seperti ini memberi peluang kepada kami sekali sekala membuka juadah dan hidangan buat mereka yang memerlukan dari kalangan faqir miskin dan anak - anak yatim .
Sedar atau tidak , angka kunjungan ke Rumah Terbuka kami melepasi anggaran kecil kami apabila lebih 1500 orang yang hadhir . Agak kelam kabut juga tuan rumah menyiapkan bekalan tambahan secara spontan . Namun kami puas dan seronok dapat berkumpul dengan sahabat - sahabat seperjuangan. Hilang rasa letih seharian melayan tetamu . [
gambar : kiri : Al Fadhil Ustaz Fadhil Mohd Nor Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan ]
Sesekali bertemu dan bersua dalam majlis seperti ini tentu sahaja terlalu banyak kenangan dan nostalgia diimbas kembali . Kemesraan kian bersemi dan ukhuwwah Fillah kian bertaut . Indahnya persaudaraan ini . Segalanya diikat oleh perjuangan Islam yang didokong. [
gambar : Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi Ghazali . Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Al Fadhil ustaz Fadhil Noor Abd Karim bersama keluarganya.
Al Fadhil Us Junaidi Ishaq [ setiausaha DPP Negeri Pahang ] , Us Roslan dan akhi Yuserie [Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota ] . Mereka bertiga antara yang paling awal tiba sebelum Rumah Terbuka berlangsung secara rasminya. Terima kasih atas kunjungan kalian .
Silakan ! Tentunya menu yang paling laris di Rumah Terbuka ini ialah Nasi Dagang al Taranjani. Adunan air tangan bonda dan mak saudara . Selain Nasi Kerabu diRaja sentuhan isteri tercinta.
Dalam kesibukan beliau , alhamdulillah Yb Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan bersama suaminya Prof Dr Abdullah sempat mengunjungi kediaman kami di Rumah Terbuka ini . Pastinya kehadhiran beliau menjadi tarikan dan menyerikan lagi majlis ini. Jazakumullah .
Tanpa Team Nisa' Indera Mahkota , majlis Rumah Terbuka ini pastinya tidak sempurna dan terurus dengan baik . Merekalah dengan segala kesungguhan dan kerajinan membantu kelancaran Rumah Terbuka kami. [ gambar : Nisa' sedang menjamu selera sebelum memulakan tugas sukarela mereka ]
Syed Ali al Habsi [ Pengerusi Musolla Ar Raudhah ] , Ustaz Azli Imam Musolla Ar Raudhah membelakangkan kamera antara yang memeriahkan Rumah Terbuka ini .
Al Fadhil Ustaz Hazmi Dibok [ Pensyarah UMP ] antara sahabat yang pastinya mendapat layanan istemewa apabila mengunjungi Rumah Terbuka kami dengan seluruh isi keluarganya .
Saudara Hatta dari Keadilan Cabang Kuantan turut hadhir menyerikan majlis kami.
Al Fadhil Ustaz Hashim Yahya [ Mantan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang ]
En Rospie [ Pensyarah Polisas ] dan keluarga antara sahabat yang setia mengunjungi kami saban Aidil Fitri .
Bergambar kenangan dengan Yb Fuziah Salleh
[ MP Kuantan ]
Haji Karim antara orang lama Gerakan Islam [PAS] Indera Mahkota .
Al Fadhil Ustaz Azizul [ Presiden ILMAM ] jauh dari Dungun Terengganu .
Ini tetamu yang paling jauh . Halim dan rakan - rakan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan . Saya sungguh terharu menerima kunjungan mereka . Semoga ukhuwwah ini terus erat
Orang kuat ILMAM
Ini Chup , sahabat lama masa sekolah menengah dulu di Sek Men Dato' Mahmud Mat Tanah Putih Pekan . Dia cadang saya tubuh Alumni SMDMM . Insyaallah , akan di proceed
Al Fadhil Ustaz Zainudin
[ Pensyarah Maahad Tahfiz Pahang ]
Al Fadhil Sdr Mazlan Aliman [ AJK PAS Pusat ] tidak ketinggalan menikmati nasi Dagang al Taranjani . Jauh perjalanan beliau dari Johor singgah jua ke teratak kami . Terima Kasih Abg Lan . Kullu Aamin wa Antum bikhair wa Fi Taatillah
Anuar Bt 3 dan Hj Arif Indera Mahkota 3
Hj Zahari dan rakan - rakan
Tu dia , Jabatan Amal Indera Mahkota sudah datang untuk bertugas . Siap bawak Tok Imam sekali . [ gambar dari kiri : Syeikh Azlan dan Hj Mustafa ]
Ahli jamaah Musolla ar Raudhah
Dalam kesibukan suasana di Rumah Terbuka kami , anak - anak ini leka bermain di lantai batu refleksi . Telatah mereka menceriakan lagi suasana .
Encik Nasir [ Pegawai Jabatan Haiwan Rompin ] antara sahabat lama yang tidak lepas peluang mengunjungi kami , jauh dari Muadzam Shah . Terima kasih
Al Fadhil Ustaz Yusuf dan anaknya Habibullah memilih Laksa Al Kalantani untuk dinikmati sempena Ryumah Terbuka kali ini .
Ini tetamu yang agak istemewa kerana hadhirnya adalah mewakili ummi Yam [
Ustazah Mariam Abd Rashid Sungai Buloh ] sebagai keluarga angkat kami . wakil pun wakil lah , tapi ummi Yam janji nak datang kemudian.
Ini 'Bob Marley' mana plak nih ? Eh Akhi Ziera laa , seronok dia dapat bertugas membantu kami menyediakan juadah dan peralatan tambahan sehingga lupa nak makan Nasi Kerabu diRaja yang telah beliau hidangkan . Terima kasih Ziera ...
Ini tetamu paling standard . Mereka datang dari jam 4.00 pm dan hanya pulang jam 9.30 malam . 3 kali makan . Nasi dagang , nasi kerabu dan laksa habis semuanya mereka sapu . tapi apa yang memuaskan kami ialah mereka juga akhirnya bergotong royong membersihkan peralatan , tempat dan rumah kami yang tentunya berselerakan seperti Tongkang pecah selepas majlis selesai .