online counter

    Makan malam bersama Nik Aziz di Masjid Kota Damansara

    PETALING JAYA, 24 Sept: Majlis Makan Malam Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan di perkarangan Masjid Kota Damansara pada 9 Oktober ini.

    Majlis tersebut diadakan bagi mengutip dana pembinaan Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Besut, Terengganu.

    Orang ramai yang ingin menyertai majlis dan memberikan sumbangan bolehlah mendapatkan kupon yang berharga RM100 dan RM500 dengan menghubungi Nik Mohd Akbari di talian 019-9830705, Rosliadi (019-2121984) atau Fadzil (019-2115543).

    Turut hadir pada majlis yang bermula jam 9.30 malam itu ialah penasihat dan pengerusi kompleks berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

    Ditulis oleh admin pada 8:05 PTG. dalam kategori . Anda boleh ikuti suapan komentar di RSS 2.0

    0 ulasan for Makan malam bersama Nik Aziz di Masjid Kota Damansara

    Komentar anda amat dialu-alukan

    Artikel Terbaru

    Komen Terbaru

    Ikut Kami

    Galeri

    Penafian : Pihak webmaster Purnamadaily tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana maklumat di laman web ini. Segala Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca digalakkan menyebarkan maklumat tanpa sebarang notis kepada kami. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
    Laman ini diselia oleh Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Terima Kasih atas kunjungan anda.
    hit counters
    pengunjung semenjak September 2010